Friday, December 19, 2014

Bursa Saham Malaysia, dah rugi atau belum untung?

Kira-kira dalam 3-4 bulan lepas aku ada mula mencuba pelaburan dalam Bursa Saham Malaysia. Masa tu nampak kebanyakan graf syarikat di Malaysia menunjukkan prestasi yang baik, kebanyakannya sedang meningkat. Dan ya, diawal pembelian saham berkenaan ada beberapa kaunter telah memberi keuntungan dalam masa yang singkat contohnya MAS, aku sempat beli pada harga 20.5sen dan jual pada 27sen. DPS aku sempat beli pada harga 11.5sen dan jual pada harga 17.5sen.

Ada beberapa kaunter aku tak sempat jual pada harga yang lebih tinggi dari harga beli macam contoh Nexgram,luster,efficen yang rata-rata pernah mencapai sehingga 20% keuntungan dalam masa yang singkat. Padahnya, sekarang ni graf dah jatuh disebabkan kejatuhan utama dalam sektor oil&gas yang merudum baru-baru ini. Ditambah kejatuhan matawang negara kita ayng agak tak OK. So, kebanyakan pelaburan aku pon turun dalam keadaan kerugian lah ni. Ada yang rugi sampai 50%. Dan banyak lagi kaunter yang belum boleh dijual atau aku cut loss saja.

Untuk nak sedapkan hati, aku cakap pelaburan ini masih belum beri keuntungan.hihihi... Sebenarnya pelaburan aku ni tak banyak pun, baru mencuba pasaran. Orang kampung cakap "test market". So kerugian tu sudah dalam persediaan.

Sekarang ni ada banyak option, sama ada cut loss, tambah stok dan buat donno. Sebenarnya tambah stok juga satu pilihan yang baik sebabnya kerugian berkenaan boleh dikurangkan bila kita average kan nilai pembelian kita. Tapi aku prefer buat donno sebab target pelaburan aku tu ialah dalam jangkamasa yang agak lama, sebelum 2018, kaji lagi bila masa yang sesuai untuk di jual. Satu pengajaran yang penting ialah, jangan tamak, dan kalau dah untung tu jual le cepat-cepat.

No comments:

Post a Comment