Friday, June 27, 2014

Mencari kerja di Kelantan?? ni antara idea dan cara buat duit melalui hartanah di Kelantan

Mat Utie nak ulas sedikit mengenai prospek kerjaya di Kelantan. Sebab apa Kelantan? sebab ni negeri kelahiran aku..heheh.. ya betul tidak dinafikan kadar gaji esp dari syarikat swasta di Kelantan agak rendah berbanding kebanyakan di negeri lain di Malaysia menyebabkan ramai anak muda berhijrah untuk mencari rezeki yang lebih di negeri lain termasuk ibu kota Kuala Lumpur (aku le tu)..

Sebenarnya dah lama aku fikir mengenai potensi hartanah di Kelantan ni, bukannya apa, untuk masa depan jugak. Aku punya aim untuk long term ialah balik berkhidmat di negeri kelahiran sendiri bila dah fianncially independence.. boleh capai ke ni??hahahah...

Kalau kat KL ni, beli apartment, sewakan dan hasil duit sewa ada surplus lepas tolak installment. Tapi kalau kat Kelantan, jarang boleh dapat kes semacam di KL disebabkan kadar sewa yang rendah. Jadi, bermacam lah idea aku untuk nak survive punya pasal.

OK lah, ni antara idea aku:

1. Jadi ejen hartanah : Sebenarnya ada kelebihan jadi ejen hartanah di Kelantan ni. Kebanyakan orang Kelantan ni ada yang banyak duit dan ada yang banyak tanah. Yang tak ada duit dan tak ada tanah pun ada jugak (lagi, aku le tu). Lagi pun kebanyakan pemiliknya adalah MELAYU dan bukannya seperti di KL ni yang sangat mencabar especially bila deal dengan pemilik bukan melayu. Caranya senang, untuk cari penjual hartanah, iklankan guna signboard di setiap simpang jalan di kawasan 'kebun' kita. Bila dah dapat list penjual berkenaan, iklankannya di laman web ataupun surat khabar dan berbagai lagi. Aku agak optimis dan berkeyakinan dengan potensi berkenaan.

2. Jadi broker hartanah : Kalau ada modal, beli tanah pertanian, tukar status ke tanah kediaman dan jual dalam bentuk lot.

3. Jadi kontraktor hartanah : Kalau ada modal jugak, jadi kontraktor. Belajar selok belok mengenai ilmu kontraktor pembinaan rumah. Beli tanah, naikkan rumah, then jual. Ulang lagi hingga kaya.. heheh

4. Jadi both broker dan kontraktor : Kalau ada modal lagi, beli tanah pertanian, tukar status tanah lot kediaman, naik rumah atas setiap lot. Then jual ataupun refinance.

Aku ni, cakap senang, tulis pun senang.heheh.. Bahagian melaksana belum tentu boleh berjaya. Tapi aku sebenarnya serius sangat optimis benda ini boleh dilakukan.. Sekiranya aku ada peluang, memang aku akan buat benda ni, tapi nak buat macamana dah terjebak dengan kerja di KL ni memang agak susah nak pusing halatuju tu.

No comments:

Post a Comment