Sunday, February 10, 2013

Cara nak pilih life insurans

Aku tak reti sangat pasal ni tapi nak menulis juga mengikut kefahaman aku. Sebenarnya aku ni dari dulu memang anti dengan insurans ni. Bagi aku, insurans ni selalunya banyak kerenah. Masa nak kutip duit kita, macam-macam boleh, bila kita sakit, macam-macam alasan dia berikan untuk tidak menanggung kos perubatan kita. Tu yang aku anti tu.

Tapi, bila dah lama fikir dan stadi pasal insurans ni, terpaksa ambil juga. Insurans ini penting sebab jika kita tak ambil, dan sesuatu berlaku dalam hidup kita, ia boleh tarik kesenangan kita dalam sekelip mata. Banyak benda yang tak dijangka boleh berlaku dalam hidup kita. 

Kemudian, bermacam-macam jenis dan level insurans yang datang yang boleh membuatkan kita rambang mata untuk memilih pakej yang mana. Tapi bagi aku, ambil insurans yang asas sudah memadai untuk peringkat awal yang cover penyakit-penyakit penting. Simpanan tak perlu ambil sebab bukan banyak pun dividen dia, jauh lagi rendah dari dividen ASB. 

Maka, simpan saja duit lebihan tu kat ASB lagi menguntungkan. Lagipun simpanan ni bagi aku hanya untuk mengikat pelanggannya dari beralih kepada insurans lain. Apa yang aku dapati, semakin terkini pakej insurans, semakin besar jumlah yang di cover. Benda ni belaku sebab persaingan dari syarikat-syarikat insurans yang lain dan juga dana yang mereka ada semakin besar.

Melanggan insurans yang asas membolehkan kita untuk melompat dan memilih isurans yang baru dengan pakej yang jauh lebih menarik dari pakej kita dahulu.

p/s: Dalam posting ini aku nak tujukan lagu pada bini aku tersayang dengan ucapan, semoga kuat dan tabah menjalani pembedahan kepala untuk membuang tumor besok lusa ni dengan selamat!

No comments:

Post a Comment