Sunday, January 06, 2013

Kusut - Baiki saluran paip unit Putra Perdana

Unit Teratai Putra Perdana yang masih dalam proses bertukar tangan kepada owner baru aku ni dah mula buat hal. Keputusan untuk melepaskan unit ini aku rasa satu tindakan yang agak bijak.. hahaha..

Akhir Disember lepas, penyewa lama tu dah keluar. Aku bagi kebenaran pada owner baru untuk masuk dan duduk situ sementara tunggu lawyer siapkan segala dokumen dengan syarat owner baru kena bayar kat aku separuh sewa sehingga duit disburse. Daripada aku biarkan rumah tu kosong, aku bagi je owner baru duduk, kasi win-win situation. kott....

So, owner baru dah masuk mula awal Januari 2013. Minggu lepas owner call aku, komplen 'sinki tersumbat'.   Nak tak nak, aku turun lah bawa segala kelengkapan termasuk asid, pelocok besar dan sebagainya. 

Separuh hari aku bekerja untuk setelkan masalah tu namun tak berhasil. Frust betul. Mula-mula aku tukar gooseneck baru dan tuang asid dalam sinki. Lepas tu aku pam, bila air dari dalam saluran keluar ke sinki,  asid tadi bertindakbalas hingga mengeluarkan asap, buih dan sebagainya. Aku panik, tapi muka buat rilek je, Nak cover konon pandai buat. hahaha.. last2, sinki aluminium tu tembus sebab reaction tadi. adoii.. dah tak boleh nak pam lagi.

Aku gi kedai hardware tukar sinki baru. Rabak rm60, sinki basic aluminium. Kemudian dekat setengah jam aku pam sinki tersumbat tu, tapi tak mahu jugak.

Last-last aku give-up. Call plumber. Plumber datang petang tadi, tapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Besok plumber tu nak datang lagi, kali ni "nak buat saluran baru" katanya. Total kos setakat ni aku kena RM450. wow.. boleh tahan. 

Aku dapat plumber Indonesia, diorang buat part time kat sini. Aku call dua nombor sekitar kawasan rumah berkenaan, dua-dua indonesia. Rajin diorang cari makan. Baguslah. Aku kalau boleh nak cari orang tempatan, tapi dah tak ada nak buat macam mana. Asalkan setel, aku OK ja.

Nasib baik aku belum return duit deposit penyewa lama, boleh guna buat cover kos ni. Dulu aku bagi dia rumah yang tak ada masalah sinki, sekarang dia return kat aku rumah yang ada masalah sinki. So, kena kira balik jumlah deposit yang aku perlu return tu.

Lagi satu, unit kat Putra Perdana ni rupanya memang ada maslah air yang agak teruk. Kerap tiada air. Kesian jugak pada penyewa aku dulu tu. Dia pernah komplen kat aku, tapi nak buat macamana, luar kuasa aku tu. Let go saja unit yang sebegini, aku pun tak nak pening-pening. Untung kecik pun tak apa lah.

Owner baru lak, nampak redho je. Harga pun dia dpat murah. Kena sabar lah sikit, mungkin suatu hari selesai lah masalah air ni. Talam oh Talam.


6 comments:

  1. aku pulak rasa letih bace kesusahan kau dengan paip tu...hehehe...
    sebelum ni masa survey2 apartment kat situ, ada jugak tanya pada penyewa kat teratai, memang air masalah... penyewa tak bayar, so syabas potong la airnya..

    MAcam yang aku beli kat Anggerik baru ni, diorang dah tukar JMB, dan semenjak tukar tu, memang Alhamdulillah tak ada masalah air. HArap berkekalan la hendekanya macam ni... hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... tak sabar aku nak lepaskan rumah yg macam ni.. bila la lawyer boleh selesai ni.. hahaha..

    Hmm, memang ada yg tak bayar sbb ada bnyk unit yg tak ada org duduk, maintenance dgn bil air dlm satu bil.. tu yg masalah..

    ReplyDelete
  3. salam kawan.. ade no.fon JMB anggerik x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya..Nadot kat atas ni mesti ada no JMB anggerik.. try tanya dia..

      Delete
  4. Anonymous6:35 AM

    as salam...
    sy ada beberapa soalan nk tnya, yg pertama dekat mane nak cari kontraktor elektrik berdaftar area puchong sbb sy nk sambung bekalan elektrik yg dh dipotong kat ruvena villa putra perdana, ssb dh beberapa tahun unit tu kosong

    dan lagi satu bpe kos nk pasang pam air sbb kat area situ slalu ada msalah air n tekanan air rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      ikut pengalaman saya dulu, kalau area puchong, kena pergi ke TNB subang Jaya, area Taylor College (kalau tak silap). Kat TNB tu kena tnya staff TNB kontek kontraktor.

      nak pasang pam air? tak pernah ada pengalaman ni dan tak pasti la berapa.

      Delete