Thursday, January 24, 2013

Kerja part time cuti sekolah, Kisah dulu-dulu

Nak cerita kisah dulu-dulu. Aku suka sangat kalau time cuti sekolah sebab boleh cari duit poket, buat kerja part time. Entah lah, mungkin sebab aku berasal dari keluarga orang tak berapa senang. Adik-beradik pun ramai. Aku abang paling tua dalam 9 beradik ni. Aku nampak kesusahan mak ayah membesarkan kami. 

Aku start kerja part time seawal cuti sekolah masa tahun 1998, masa tu cuti belajar PMR. Aku masih ingat, kerja proses ayam. Bangun seawal jam 4 pagi, kerja sampai pukul 12 tengah hari. Tapi 8.30am hingga 10.30am boleh rehat sebab tokey pergi pasar, jual ayam yang aku tolong proses tu. Jadi kuli betul-betul. Skop kerja, tangkap ayam, pegang untuk disembelih, rendam air panas, mesin buang bulu, potong buang perut dan last sekali kena cuci kilang proses ayam tu. Setiap hari, rutin yang sama. Sehari kena proses antara 160 ekor hingga 200 ekor lebih. Jumlah pekerja termasuk aku ialah 4 orang sekali dengan tokey. Penat gila, tapi seronok. Cuti sekolah tu full kerja, 40 hari. Gaji pertama aku dapat, RM250 + RM5 (upah cuci van). Seronok tak terkata masa dapat gaji tu.

Lepas tu, tiap kali musim cuti sekolah je, aku mesti tak miss untuk buat kerja part time ni. Sehingga lah cuti semester masa stadi kat UM tahun 2004 pun aku masih kerja part time. Masa tu aku dah naik pangkat, jadi tukang sembelih. Heheh.. sehari aku sembelih ayam tak kurang 200 ekor. Tangan pun sampai jadi cekap (walaupun beberapa kali terkena jari sendiri), gaji pun dah banyak tokey bagi. RM15 sehari. Best.

Paling teruk aku kerja part time ialah masa cuti tahun 2003. Kerja bermula jam 4am sampai selesai jam 12 tengah hari. Lepas tu rehat. Jam 2pm kena masuk kerja kat tempat lain pula, urus barang perniagan runcit. Skop kerja yang ni lak, paketkan barang runcit, angkut barang runcit masuk lori dan kemaskan kilang barang runcit tu. Masa tamat keje lak sampai maghrib. Gaji RM10 sehari. Malam lak, kena masuk urus kerja runcit ni lagi. Masuk pukul 9pm, habis jam 12 malam. Gaji RM10 lagi. So, sehari aku boleh dapat RM35. Tapi badan penat gila nak mampus. Nasib baik aku fikir kerja ni sementara je. Kalau sampai tua, mati tak sampai tua la aku jawabnya. hahahah

Pernah aku kena semput masa buat kerja, tak boleh bernafas. Ada la dalam 30 saat. Aku ingat aku dah nak mati masa tu. Gila. Mana tak semput, kena angkut bawang berguni-guni, kicap botol, sos botol dan lain-lain. Masa tu dapat rasa susah. Nekad dalam hati nak belajar sungguh-sungguh, tak nak kerja guna tulang empat kerat. Kena cari kerja yang gunakan otak. 

Untuk info, tokey runcit tu pernah perlekehkan aku sebab belajar tinggi tapi gaji ciput bila dah grad. Satu tamparan yang bagus menyedarkan aku betapa bisnes boleh buat untung berganda-ganda jika rajin usaha dan pandai urus.









2 comments:

  1. Sangat bersungguh2...
    Sangat mencemburui kesugguhan encik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita rajin berusaha..

      Delete