Friday, January 11, 2013

Bagaimana cara nak pilih kerja yang sesuai untuk kita

Ramai orang tidak menyukai kerja yang dilakukan mereka. Dilema memilih kerja. Termasuklah aku. hahaha.. hari-hari bangun pagi, malas sangat nak bersiap-siap kena turun kerja. Tu maknanya kita memang tidak menyukai kerja seharian kita. Tapi, suka tak suka, nak tak nak, perut perlu di isi. Duit nak kena cari. Maka terjebak lah kita dengan pekerjaan yang memang kita tak minat pun. Bila kes macam ni berlaku, hasil kerja pun biasanya cincai-cincai saja. Kerja pun macam tak ikhlas je. Tu yang payahhh...

Benda macam ni berlaku biasanya sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita minat. Main ikut saja. Orang belajar kita pun belajar. Orang score exam, kita pun score jugak. Tapi, endingnya kita tak tahu mana nak tuju. Nak tak nak, buat saja kerja yang kita tak suka tu, asalkan gaji jalan. So, macamana cara nak kenal pasti pekerjaan yang sesuai untuk kita?

Antara satu cara yang aku pernah baca ialah, fikirkan benda ini.. Katakanlah kita akan tiada dia dunia ini dalam masa 30 hari lagi. So, dalam 30 hari tu, apa aktiviti yang kita akan buat? mesti ada yang pilih untuk pergi melancong, ada yang pilih untuk main golf sepuas hati, ada yang pilih untuk memancing sepuas hati dan sebagainya.. heheh.. maka, kerjaya yang berkaitan aktiviti dipilih ini amatlah sesuai untuk kita. Melakukan kerja yang diminati akan memberi impak yang besar dalam kerjaya kita. 

Maka, pilihlah kerjaya yang sesuai denga minat kita. Zaman sekarang ini, banyak jenis kerja boleh buat duit. Tak perlu risau pasal duit sebab benda tu akan datang kemudian. Yang penting, kita seronok dan suka dengan kerja kita tu.

p/s: Sebab itu sampai sekarang aku masih tidak bekerja dan masih belajar. hahahaha.. ayat cover!

8 comments:

  1. hahahaha..memang kaver betul.... tapi ko hebat dah... belajar hebat..invest hebat... jeles sangat wehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jeles pebenda, ko lg hebat.. aku ni cakap je lebih, banyak tak buat pun apa yg aku cakap.. hahaha

      Delete
  2. sudaaahh.. rendah diri lak... doakan aku rajin n hebat gak cam ko eh (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. siot je.. ko lagi rendah diri.. ko hebat la Nadot, aku ni si semut merah je..haha..(masa intvw NSF dulu, "apsal la minah ni ada kat sini, sure peluang utk aku dapat jadi rendah sebab ko terer..huhu" getus hati kecil aku)

      Delete
  3. hahahha.. poyo!.. ha'ah..last kita jumpa masa interview NSF la kan.. ko dapat n ambik x? ke ko under slab ni? lupe.. hehe

    ReplyDelete
  4. NSF tu aku ambik utk buat master.. skarang SLAB pulak.. doakan aku abih belajar.. huhu.. ko dapat NSF tapi tolak, gila sombong..hahaha.. nasib baik ko tolak, tu yang KPT bagi kat aku.."ni sebenarnya Nadot punya, tapi dia tak nak, so saya bagi kat Mat Utie" kata KPT kat aku suatu masa dahulu (ni cerita rekaan semaa-mata, haha)

    ReplyDelete
  5. Menarik sekali perkongsian ini. Dengan gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi, ramai orang perlu bijak dalam menguruskan wang.
    Memang sukar untuk mencari kerja yang kita minati tapi insyallah boleh jika berusaha dan sabar. :D


    Teknik Mencari kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul terima kasih dengan perkongsian!

      Delete