Friday, July 13, 2012

Ulat Berkeliaran di acara Lelongan Hartanah

Aku nak share sikit mengenai Ulat di hartanah lelong. Takrifan ulat ni ialah kepada individu-individu tertentu yang mempunyai kebolehan untuk menyedut duit-duit bakal pembeli hartanah semasa lelongan hartanah dilakukan. Aku tidak terkecuali diganggu oleh ulat-ulat ini semasa lelongan hartanah baru-baru ini.

Al-kisahnya lebih kurang macam ni lah. Masa aku nak register untuk property yang dekat Kepong tu, ada beberapa manusia yang amat tekun dan sabar menunggu di depan kaunter pendaftaran. Langsung tak berganjak, menunggu dan melihat di setiap pendaftaran dari bakal pembeli. 

Setiap kali orang daftar, tiap kali itulah dia akan bertegur sapa. Soalan lazim, 'beli unit mana?'.. apa kita nak jawab? kalau sanggup menipu, pun boleh diamalkan pada masa ini. huhuhu

Aku mencari waktu yang paling sibuk kat kaunter tu untuk mendaftar bagi mengelakkan dari di tegur. Selepas daftar, aku cepat-cepat pergi ke depan dewan (ditempat yang tiada sesiapa pun duduk). Dalam 5 minit aku duduk kat situ, ada seekor ulat datang. Alamak..

"Dik, beli unit mana?".. aku tak tahu kenapa, payah sangat nak menipu.. "Kepong!" aku tak pandang wajah dia pun. Dia berlalu pergi ke belakang. Legaaa...

Dalam dua minit dia datang sekali lagi..
" Dik, nama ko sape?"
" Kenapa?..."
" Unit Kepong ni dah ada orang register laa..., nak setel tak?"
" Tak nak!...."
" Tak nak harga reserve price? nak lawan?...."
" Tak apa saya lawan....."
" Betul tak nak?"
" Tak apa saya lawan...."
" OK "
Dia berlalu pergi....

Lepas tu tak ada orang kacau aku lagi. Bermula episod lelongan.. Sampai turn aku, rupanya memang tak ada orang lain yang register pun unit tu.. mata aku liar cari ulat tadi.. dia tunduk jee buat tak tahu.. tuihhhhh... ada jugak orang cari makan dengan cara menipu macam ni.. bangsa aku sendiri pulak tu..

Bila aku ingat balik, rupanya orang yang sama lah yang cuba menipu aku masa aku beli unit aku yang pertama 4 tahun lepas... demnnn...




2 comments:

  1. Seb baik ko tak tertipu.. bagus ...bagus.. ;)

    ReplyDelete
  2. iya 2x! nasib baik aku tak kena tipu dengan dasar penipu!

    ReplyDelete