Monday, July 02, 2012

Pecah masuk rumah Lelong

Hari Sabtu petang, 30 Jun 2012, aku bergegas ke rumah yang baru dimenangi tu. Naik moto dari sungai Besi ke Kepong sambil manyanyi2 lagu ntah apa-apa (bosan 45minit kat atas moto). Kat dalam bakul motor ada cutter (konon nak potong mangga), pastu ada skru driver dan satu tukul. Aku sampai ke unit berkenaan dalam pukul 3.15p.m.

Paling aku risau kalau ada orang bejiranan datang pukul aku sebab ingatkan aku nih pencuri nak pecah masuk rumah lelong tu. Dah la lagak aku macam mat gian. Aduss. Sampai je ke unit tu, aku keluarkan cutter, nak try potong. Aiyyaa, payah betul. Tak ada kesan pada solex tu. Hampeh..

Tapi disebabkan aku dah datang dari jauh, maka terpaksa usaha jugak bagi buka. Aku ketip sikit-sikit mangga tu guna cutter cenonet aku tu. Tengah syok potong, rupanya dah ramai orang dok perhatikan aku dari tingkat atas. Cepat-cepat aku cover, cakap rumah tu aku dah beli. Surat dari pelelong pun ada ni. Tapi rupanya  yang perhatikan aku tu Mamat indon dan konco-konco. Dia tak kisah apa-apa pun. cheitt.

Lepas setengah jam, aku berjaya buka kunci grill. Yessss.

Aku masuk dalam, perhatikan untuk buat bajet. Nampaknya semua cukup lengkap. Lampu, kipas dan kepala paip everything complete. Alhamdulillah. Tinggal nak sapu keluarkan debu yang tebal tu je. Lupa nak ambil gambar sebab tertinggal handphone masa nak gi pecah rumah tu. Adeii.

Lagi kena masuk meter air dan TNB which is aku bajet mencecah ribuan ringgit jugak. Aku menunggu surat mati setem dari pelelong untuk uruskan meter elektrik dan air buat masa sekarang ni.

Kalau tak ada aral, rumah ni aku akan bayar cash, then refinance. Harapnya semua berjalan lancar.



9 comments:

  1. Good luck weh...habis cash dah aku..sedey sedey...lambat lg bley bli next prop...huhuhu

    ReplyDelete
  2. chop, ko akan refinance bank mane yg leh dpt 90% ?... huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak pasti la dapat 90% ke tak.. rasanya 70% je sbb property 3 dan ke atas.. dapat balik modal pun dah ok.. huhu

    ReplyDelete
  4. tahniah bro!

    alhamdulillah. REzeki ..

    ReplyDelete
  5. Bro dh kira ke mn lg ok, byr cash n kemudian refinance atau terus finance jer terus?

    ReplyDelete
  6. Tuan Bri- terima Kasih tak sangka otai pun ada jenguk page ciput ni..

    Wakif- xkira secara bertulis.. Klu refinace kurang2 boleh dapat 42k (60k x 70%).. Klu tak refinance 31k je dapat..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:37 PM

    Lіnk еxchangе iѕ nοthing elѕe ехcept іt is just plаcing the other peгson's webpage link on your page at appropriate place and other person will also do same for you.
    Review my blog ; iphone repair

    ReplyDelete
  9. bank mana yg terima refinance bwah 100 k tuan...

    ReplyDelete