Tuesday, August 02, 2011

Mengapa melabur dalam hartanah


Tidak semua orang berminat untuk melabur dalam hartanah. Masing-masing ada minat tersendiri. Namun bagi aku, aku amat menyukai hartanah atas beberapa sebab yang aku nak huraikan kat bawah ni.

1. Keuntungan semasa beli - Dalam hartanah, amat mudah bagi kita untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran. Kebanyakan rumah dijual dibawah harga pasaran kerana isu kompetetif. Penjual berlumba-lumba untuk mendapatkan pembeli bagi mendapatkan duit dan terpaksa menurunkan sedikit harga rumah berbanding harga pasaran. Yang paling seronok bila kita terjumpa penjual terdesak yang memerlukan wang dengan kadar yang segera. Dan yang paling mudah ialah dengan membeli hartanah di dalam acara lelongan. Buat homework sikit dan kalau sesuai boleh terus beli.

2. Keuntungan semasa memegang hak/Sewa - Sepanjang tempoh kita berhak keatas hartanah tersebut, kita boleh mengutip hasil dari sewaan. Cuba letakkan harga yang sama dengan pasaran sekitar dan tidak perlu untuk letak harga yang murah bagi menarik perhatian penyewa. Ianya penting untuk memastikan harga pasaran hartanah kita akan terus melonjak. Kalau berani, letakkan sewa lebih sedikit dari harga pasaran. Yang penting bukan harga tapi attitude penyewa berkenaan. Kalau penyewa bermasalah, harga murah pun dia akan sentiasa ada masalah dengan pembayarannya. Elakkan dari peyewa bermasalah.

3. Insurans - Sepanjang kita memegang hak bagi sesuatu hartanah dan sekiranya kita membuat loan dgn pihak bank, pastikan kita mengambil MRTA yang bertindak sebagai insurans sekiranya kita mengalami musibah yang menyebabkan cacat kekal ataupun kematian. Cuba bayangkan kita mempunyai 20 hartanah yg mana hutang masih belum dijelaskan, tiba-tiba kita ditimpa kemalangan yang menyebabkan kita tidak dapat bekerja lagi dan hilang pendapatan utama. Setidak-tidaknya kita akan dapat hartanah tersebut secara percuma dan paling kurang masih boleh menampung keperluan kita selepas itu.

4. Keuntungan semasa jual - Kebanyakan harga hartanah akan meningkat tahun demi tahun bergantung kepada lokasi dan keadaan. Pada masa yang sama hutang kita dengan pihak bank juga dah berkurang. Hutang tu pun dibayar menggunakan duit penyewa dan bukannya duit kita sendiri. Rata-rata penjual rumah akan memperolehi duit yang banyak sekiranya dapat menjual hartanah mereka. Ianya terbalik dan amat salah sekiranya kita menyamakan proses penjualan rumah dengan penjualan kereta yang kita dah maklum dan redha dengan susut nilai nya..

5. Jumlah modal yang tidak banyak - Untuk pembelian rumah, kita hanya perlukan 10% dari harga unit tersebut ditambah dengan kos lain-lain termasuk khidmat guaman, jurunilai, baikpulih dan sebagainya. Namun ianya masih kecil kalau nak dibandingkan dengan harga sebenar yang kita dapat manfaatkan. Disini, ramai yang menghuraikan dari segi konsep laverage. Secara purata, untuk sebuah rumah bernilai rm100K, tahap cash selamat yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya rm20k.

6. Boleh kawa - Keuntungan pelaburan hartanah tersebut sepenuhnya dikawal oleh kita. Kita lah yang menentukan harga sewa dan harga jual. Tidak seperti pelaburan lain yang kita menyerahkan sepenuhnya untuk diurus oleh individu tertentu yang diluar dari kawalan kita.

7. Pasif income yang baik - Ianya merupakan pasif income yang tidak banyak memerlukan masa kita untuk menjaganya. Kita tidak perlu turun untuk melawat unit kita setiap hari seperti perniagaan lain. Paling teruk pun masa proses pertukaran penyewa. Yang lain rata-ratanya tuan rumah hanya perlu menghantar satu msg untuk follow up duit sewa pada setiap hujung bulan.

8. Fizikal - Pelaburan hartanah merupakan satu-satunya pelaburan yang boleh menyediakan kita tempat berteduh. Masih belum ada pelaburan lain yang membenarkan kita masuk untuk berteduh didalamnya.

9. Turun temurun - Kebanyakan orang kaya ialah hasil dari pelaburan hartanah sejak turun temurun. Tidak kira apa pekerjaan orang kaya berkenaan beliau tidak lari dari memiliki hartanah yang menyebabkan beliau terus kaya. Dan selagi ada orang, selagi itulah hartanah akan ada permintaan.

10. Mudah dan cepat - contohnya bila kita membeli hartanah lelong, kita boleh terus ambil alih once kita menang lelongan tersebut. Pagi ini kita menang, pagi tu juga kita boleh pergi uruskan rumah berkenaan. (Kalau ikutkan law, tak boleh sebab ianya masih milik bank, tapi mana ada bank nak sewakan unit tersebut bila kita dh menang). Terus boleh kutip sewa dan deposit. Bulan depan dapat dut lg dan seterusnya sampai ke bila2.

11. Sosial - Dari segi sosial, ianya melatih kita untuk bersosial dan bergaul dengan sesiapa sahaja yang kita tidak pernah kenal. Tidak mustahil suatu hari kita akan menjadi kawan baik kepada hartawan hartanah pada memandangkan kita mempunyai hobi yang sama. Mana tahu ada anak hartawan tersebut mahu sewa unit kita. Semua ini membuka peluang untuk kita. Kita juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai hartanah-hartanah tertentu. Menerusi kajian kita, semestinya kita akan tahu selok belok mengenai hartanah tersebut dan boleh menceritakan kepada orang lain di kemudian hari.

4 comments:

  1. 11 dalil kenapa perlu melabur dalam hartanah...;)

    Good info!

    ReplyDelete
  2. En. Wakif..xsangka ada otai yang jenguk blog yang xseberapa ni..thanks..saya mohon utk letak list blog en. Wakif kat ebelah ya..sbbnya mudah untuk baca tiap kali blog tersebut di update..thanks..

    ReplyDelete
  3. ish mana otai, baru berjinak2 dlm property nih... demo pun apa kurangnyer byk dah tu rumah...;)

    demo agent ko? ore klate?

    ReplyDelete
  4. oh bereh tuh..selamat berkenalan..
    ambo ore Kelate! Pengkalan Chepa marii!!
    heheh.. kawe ejen part time! suko2!

    ReplyDelete