Monday, June 28, 2010

Kenapa perlu buat loan rumah selama mungkin (30 tahun)

Loan 30 tahun? wah lamanyaaa..buat apa lama sgt..nanti bank lagi kaya..lagi bnyk interest kena byr kat bank..total up lebih dari dua kali ganda harga rumah...huuuuu..kaya la bank mcm tu...nih lah yg aku pikir pada peringkat awal penglibatan dlm pelaburan perumahan nih...

Tp bila aku tnya bos, bos cakap buat selama mungkin!aikk...aku xpuas hati aku calculate..memang klu buat loan dlm tempoh yg lama, jumlah yg kita bayar melebihi dua kali ganda harga rumah..contohnya rumah harga 60k tp jumlah yg dibayar ialah 140k!!!

Tp bila aku selidik dan kaji balik hujah-hujah expert, begini jawapan diorang..

1. Tempoh yg lama boleh kurangkan bayaran ansuran..dengan bayaran ansuran ni kita boleh kurangkan komitmen kita setiap bulan dan kita mampu untuk memiliki lebih dari 5 unit rumah dgn mengikut kemampuan lah...

2. Dengan bayaran ansuran yang minimum, kita mampu menjana duit labih hasil dari kutipan sewa (+ve cash flow) setiap bulan mengalir masuk poket..biar lah sedikit asalkan positif..

3. Biarkan bank jadi kaya..kita patut berterima kasih kepada bank kerana telah meminjamkan kita duit untuk membeli rumah berkenaan yg mana ianya bukan dibayar oleh kita..kita bayar pakai DOL (Duit Orang Lain!!)..remember that..

4. Loan yg selama mungkin ini boleh memudahkan peminjam dlm kes yg mcm nih..peminjam masih boleh memendekkan pinjaman dengan membuat bayaran dua kali ganda dari nilai ansuran. Dgn cara ini loan 30tahun boleh dipendekkan kepada 15 tahun..tapi sekiranya tidak mampu bayar dua kali ganda tu pada suatu2 masa, bayarlah ikut jumlah yg sepatutnya pada bulan berkenaan..mudah bukan...

Sila pastikan jenis loan yg diambil adalah berdasarkan daily interest compounded..bnyk kelebihan dengan menggunakan daily basis ni berbanding monthly atau yearly basis..bnyk penjimatan yg boleh dilakukan diamana ianya memerlukan pemahaman yg mudah..

Sekiranya kita ialah pembayar yang berhemah, daily basis adalah pilihan yang terbaik dimana sekiranya installment tersebut dibayar mengikut teknik yang betul, banyak kelebihan yg boleh diperolehi..

No comments:

Post a Comment