Saturday, February 06, 2010

Kisah Tok Ayah Kob

Tok Ayah Kob nih moyang aku, dia merupakan lagenda dan idola aku..pd zaman dahulu, dia merupakan seorang hartawan..dia berasal dari orang susah jugak..sejak dari kecil, dia amik upah mengopek kelapa di kebun2 kelapa..

dia nih sorg yg suka berjimat cermat..dan yg paling best dia punya hobi ialah membeli tanah..dia beli tanah sedikit demi sedikit..hasil dari amik upah mengopek kelapa, dia gunakan utk membeli tanah..kat dalam tanah berkenaan dia tanam kelapa..hasil dari tanaman kelapa tersebut, dia akan gunakan untuk membeli tanah lagi..dia mengulangi benda yang sama untuk seterus dan seterusnya..

sampai pada suatu tahap, dia telah mempunyai tanah yang cukup luas dimana keseluruhan kampung tu merupakan kepunyaan dia!!dan kampung tersebut telah dinamakan sempena nama dia.."Kampung Tok Lukop"..yg bestnya dia tidak lagi mengopek kelapa kerana faktor usia, tapi dia mengupah org untuk menguruskan kebun2 dia yg luas tu, duit dia sedang bekerja keras utk dia..fuhh..pandai betul..sampai sekarang, setelah beberapa generasi pembahagian harta, hartanya masih lagi boleh dikecapi oleh cucu malah cicit dia...bagi aku dia telah mengaplikasikan konsep yg diajar dlm "rich dad poor dad"..haha

Telah diriwayatkan kepada aku, dia juga merupakan kawan kepada datuk sebelah ayah aku..sesiapa sahaja yg berkawan dgn dia, dia nasihatkan untuk membeli dan mengumpul tanah termasuk datuk sebelah ayah aku ni..tapi xsemua yg berfikiran mcm dia..dan hasilnya, tiada peninggalan yg dapat diwariskan kepada generasi belah ayah aku..atuk aku yg ni mcm kes poor dad la ni..haha

Ada pengajaran dari cerita nih yang harapnya boleh aku aplikasikan..terima kasih Tok Ayah Kob..

No comments:

Post a Comment